mencegah kemungkaran |
macam mana nak mencegah menggunakan tangan? pukul ek?? kalau hati macam mana pula? ada adab untuk mencegah kemungkaran ke?
1- mengubah dengan tangan
tangan di sini tidak merujuk kepada tangan secara fizikal, tapi lebih kepada kuasa. tangan merujuk kepada kuasa atau authority yang ada pada seseorang tu. contohnya, pemimpin sesebuah negara mempunyai kuasa untuk mencegah kemungkaran dengan menggunakan tahap pertama yang dinyatakan dalam hadis, mengubah dengan tangan. sebabnya, dia ada kuasa untuk mencegah. kalau dia kata arak diharamkan, dan arak tidak lagi dijual di mana2 kedai di seluruh Malaysia, maka, x delah umat Islam yang minum arak. betul x? so, dia dah mencegah daripada berlakunya kemungkaran. sama jugak dengan rokok. abah ema cakap, kalau kerajaan asyik buat kempen jangan merokok, kenapa kerajaan sendiri x stop penjualan rokok di negara kita sendiri? kan senang macam tu? semua orang x leh nak merokok, semua org terpaksa stop merokok, sebab x dak stok rokok kat mana2 kedai. sesiapa yang didapati menjual rokok akan dihukum penjara. SETTLE! *ema x nak write any further sebab ayat seterusnya yang bakal ditulis adalah berunsurkan politik, dan saya x nak sentuh bab politik*
contoh kedua ialah pemimpin keluarga, abah @ ayah@ papa @ abi @walid. ayah kita ada kuasa untuk mencegah kemungkaran dalam keluarga. hadis tu x suruh pun ayah sepak anak dia sebab x solat atau tutup aurat. seorang bapak tu ada hak untuk suruh anak dia solat, tutup aurat dan halang anak keluar malam. bapak tu memang ada hak. so, kalau anak tu buat salah, dosa anak tu akan pegi kat abah dia sendiri, sebab abah tu x jalankan tanggungjawab dia mencegah kemungkaran dalam keluarga dia sendiri. macam mana nk cegah tanpa menggunakan kekerasan? sekarang nie banyak cara. first, mungkin bapak tu boleh tegur cara pemakaian anak dia sendiri, and maybe cakap ngan anak tu, 'abah x mo tengok adik pakai baju mcm tu. nmpk x senonoh' anak tu akan dengar cakap bapak dia. kalau kata x dengar jugak, bapak tu boleh guna taktik reverse physcology. kalau anak dia x ikut cakap dia, anak dia x dapat apa yang anak tu nak. lama2 anak tu akan ikut cakap bapak dia. macam2 cara boleh pakai. parents kena creative.
2- mengubah secara lisan
mengubah secara lisan ni kita bagi nasihat. kalau kita x dak kuasa untuk mengubah dengan tangan, so kita ubah cara lisan-bagi nasihat. bagi nasihat ni sebenarnya sesuatu yang agak sukar. kita bukan nk tunjuk pandai, sebab tu kita bagi nasihat kat orang. untuk mengelak dari problems macam nie, kita kena perhati subjek kita dulu. kalau dia jenis yang x leh terima nasihat secara direct, kita kena pakai cara lain. ema sarankan nasihat yang berunsurkan perbincangan. kita dengar apa yang di tahu pasal something tu, kita dengar hujah dia, and then kita cakap apa yang kita tahu, then kita buat conclusion sama2. kita x mau orang tu rasa susah nak terima apa yang kita bagitau. tapi kita x boleh expect yang orang tu akan dapat terima nasihat kita, pandangan kita. sebabnya, ema dah face this situation. ema sekadar berkongsi apa yang ema tahu, but hamba Allah nie anggap ema tengah pandang rendah kat dia, dia rasa ema x beradab. well, itu pendapat dia.
satu lagi ema nak tanya, boleh x kalau kita tegur parents kita, grandma-grandpa kita, cikgu2 kita atau ulama2? sebenarnya, x dak pun panduan yang digariskan dalam Islam berkenaan nasihat nie. kalau kata orang tua ja yang boleh tegur yang muda, smpai bila2 pun nenek2 kita pakai baju sendat yang jarang ala2 zaman P. Ramlee dulu? macam tu? itukah yang kita nak?
Islam menggariskan kepada kita untuk menegur kesilapan orang lain, so that orang tu x ters-menerus bergelumang dalam dosa.
boleh tegur mak, abah, grandma... ikut cara yang betul |
korang sayang x ngan parents korang? kalau korang sayang, korang mesti akan tegur diorang kalau diorang buat salah. tapi ingat, ada adab2 menegur. jangan tetiba je cakap, 'mak, stop pakai make-up tebal2, berdosa! mak nak masuk syurga ke neraka? mak pilih!' jangan macam tu. itu memang kurang ajar namanya. so macam mana? korang kenal parents korang, so korang kena pilih cara yang sesuai depend kepada parents korang. kalau ema ngan abah ema, kitaorg lebih kepada berbincang. he'll tell me benda2 yang dia tahu, and ema akan bagitau pulak bnda2 yang ema tahu, and then abah ema akan perbetul balik konsep yang salah, ema pulak akan dapat ilmu baru secara x langsung. mak ema pulak, dia akan tnya ema balik. ema pernah tegur mak ema pakai inai corak2. ema cakap kat mak ema jangan buat corak2 tu, sbb mcm orang India. and dia akan tnya balik, 'betui ka? habis tu nak buat mcm mana?' and ema akn bagi options kat dia. that's pretty much how i deal with my parents. as for my grandma, ema akan ckp kat dia stuff dalam Quran, and she gets excited. dia suka cucu2 dia kongsi kisah2 dalam Quran.
nasihat bukan nak tunjuk bagus bukan nak menang dalam battle it's never a battle |
ingat, kita nak bagi nasihat kat dia sebab kita sayang kat dia, sebab kita x nak tengok dia terus-menerus buat dosa. it's not a battle to see who's better, who has more knowledge, who's more alim. no. that's not the point. kalau kita fikir macam tu, kita dah berdosa sbb niat kita dah lari. kita nasihat sbb nak tunjuk hebat. Nauzubillah...
3- mengubah dengan hati
mengubah dengan hati hanya dengan option kalau kita dah x boleh mengubah dengan lisan. kalau kita dah cuba nasihat, dia x terima jugak, kita hanya membenci perkara mungkar yang dilakukan SI FULAN dalam hati. kita kena niat yang aku xkn buat benda2 yang SI FULAN tu buat, sbb benda tu adalah benda mungkar, bawa kepada dosa. and kita mintak doa kat Allah agar hat SI FULAN tadi dibuka untuk menerima petunjuk Allah.
so basically, itulah dia cara2 mencegah kemungkaran. kalau ema ada silap apa2, sila perbetulkan konsep ema. jangan biarkan ema terus bergelumang dalam dosa. semua yang dibicarakan di atas adalah based on my knowledge on the hadis yang kitaorang kaji masa kat sekolah agama dulu. kalau salah, ema mintak maaf. tegur kesilapan ema.
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment