Blogger Backgrounds

Friday, 1 June 2012

surah Maryam

Assalamualaikum semua...
intro untuk surah Maryam dulu ek? Surah Maryam merupakan surah yang ke-19 dalam al-Quran, merupakan ayat Makiyyah (surah ini diturunkan di Mekah) dan mempunyai 98 ayat. surah yang ringkas saja. 


kalau anda semua baca tafsir Quran, pada awal surah ini, diceritakan kisah Nabi Zakaria yang berdoa kepada Allah untuk seorang cahaya mata. Nabi Zakaria sudah pun berumur dan isterinya sudah pun mandul, namun, masih x berputus asa meminta doa daripada Allah untuk zuriat. Dan Allah telah memberi khabar berita gembira kepada Nabi Zakaria. Allah khabarkan bahawa Nabi Zakaria akan dapat anak, bernama Nabi Yahya. dan diceritakan juga sedikit mengenai hidup Nabi Yahya secara ringkas dari ayat 12 hingga 15. 


kemudian, kita masuk pula ke kisah Maryam. Maryam merupakan anak Imran (dikisahkan dalam surah ali-Imran), seorang wanita yang diangkat darjatnya di sisi Allah. Allah memilih Maryam sebagai bukti kebesaranNya. Maryam mengandungkan seorang anak lelaki, walaupun Maryam merupakan seorang yang suci. Maryam mengasingkan dirinya ke suatu tempat yang jauh dan makan minumnya dipelihara oleh Allah. Maryam deceritakan hanya makan kurma & minum air sungai. dan kalau ada orang lalu, Maryam tidak akan berbicara dengan mereka. akhirnya, anak itu pun lahir dan Maryam pulang ke kampung halamannya. Maryam dicemuh dengan teruk oleh penduduk kampungnya. Maryam pada ketika itu hanya menunjuk kepada anaknya, Isa. dan penduduk kampung pada ketika itu hairan, masakan mereka boleh berbicara dengan anak kecil?
Tapi Allah Maha Kuasa. Isa mampu berbicara dengan petahnya kepada penduduk kampung. ayat 30 hingga 33 mengisahkan dengan teliti apa yang dibicarakan oleh si anak kecil Isa. 
dalam ayat 35, Allah menegaskan yang Allah tidak mempunyai anak. Allah itu Maha Kuasa, jika dikatakan 'Kun' atau 'Jadi' maka jadilah sesuatu itu.


bermula dengan ayat 41 pula, diceritakan kisah Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim berani berkata kepada ayahnya untuk berhenti menyembah setan. sesungguhya berhala2 yang disembah bukanlah Tuhan. Ayah Nabi Ibrahim pada ketika it sungguh marah, menyuruh Nabi Ibrahim meninggalkannya atau akan direjam anaknya itu. maka Nabi Ibrahim mengasingkan dirinya daripada ayahnya dan penduduk kampung yang menyembah berhala. Diceritakan juga bahawa Anbi Ibrahim dianugerahkan dengan Nabi Ishak dan Nabi Ya'kob. kedua-dua putera Nabi Ibrahim diangkat darjat mereka di sisi Allah.


seterusnya, daripada ayat 51 hingga ayat ke 58, kisah2 ringkas mengenai Nabi Musa, Nabi Idris dan Nabi Ismail. 
sekali lagi Allah menegaskan bahawa Allah tidak mempunyai anak dalam ayat 88. kalau diterskan pembacaan ke ayat 90, dapatlah kita tahu bahawa setiap yang ada di atas Bumi ini turut marah dengan kata-kata penuh dusta yang diucapkan oleh manusia. 


~kalau korang perhatikan, sebenarnya, dalam surah nie je, Allah dah tegaskan sebanyak dua kali yang Allah tidak mempunyai anak. namun, masih terdapat golongan di luar sana yang menganggap Nabi Isa sebagai anak Tuhan. 

No comments: