Blogger Backgrounds

Tuesday, 18 December 2012

ooppss...ikhtilat

Assalamualaikum...semalam ada satu lagi pengisian di surau Murni, USM Kubang Kerian, Kelantan. tajuknya Ikhtilat: Syariat VS Nafsu. tapi ema modify tajuk supaya nampak menarik sikit. pengisian diberi oleh Ustaz Ubaidillah sendiri. 
menurut Ustaz Ubaidillah, ikhtilat itu maksudnya percampuran yang melampaui batas antara lelaki dan perempuan yang melanggar batas-batas syariat atau bercanggah dengan agama.
sebenarnya, Islam sudah pun meletakkan garis panduan buat kita. Islam membenarkan kita bergaul dengan lelaki, tetapi ada batas-batas yang perlu kita jaga, biarpun kita hanya bergaul sesama kawan di kampus. 
Fenomena di kampus = pendedahan aurat + pergaulan bebas
kalau ada seorang tu datang kepada kita dan mengajak dia kepada zina, dan dia cakap, "Aku takut kepada Allah", maka dia telah pun melalui satu fasa yang sangat genting dalam hidup dia. orang ini akan digelar sebagai luar biasa, kerana mampu berkata 'TIDAK' kepada zina dengan iman. 

batas-batas pergaulan:
1- Pandangan
~menurut Ustaz, pandangan luaran lebih mudah nak jaga. sekadar menoleh dari terus tengok dan kita dah selamat. lagi mudah kalau persekitaran kita penuh dengan lelaki yang tak berapa kacak dan perempuan yang biasa-biasa saja. kita tak akan tertarik dengan diorang, so kita pun tak dak la berzina mata kan?
~dalam menonton filem atau drama, atau membaca novel, dan kita lihat pelakon lelaki atau pelakon wanita tu, mesti cun-melecun kan? kalau tak cun, mana boleh jadi pelakon, betul? lepas tu kita tengok pelakon tu dalam filem atau drama lepas tu kita pulak cakap, 'Wahh, hensemnya!! suka la!', kita sebenarnya dah berdosa. sebab pelakon tu tetap ajnabi dan bukan mahram kita, lepas tu kita pulak cakap macam tu. susah kan? 
*lepas ni kalau tengok Taylor Lautner, x boeh dah nak senyum sorang2 atau puji kehenseman dia. haizz*
Betul kata Ustaz Ubaidillah, susah nak jaga pandangan dalaman, sebab kita sometimes bermonolog dalaman pasal seseorang tu. dan kita tetap berdosa, sebab kita x jaga pergaulan, walaupun orang tu x tau pasal benda nie.

2- Aurat
~berkenaan dengan aurat ni, Ustaz cakap mudah ja. jangan pakia pakaian yang jarang atau yang menarik perhatian. kadang2, bila kita pakai jarang, lelaki akan lebih tertarik nak tengok samada dia nampak atau x aurat kita. so, sama2 kongsi share dosa. kita berdosa sebab kita la penyebab dia tengok2 kita, dan dia juga berdosa sebab dia tengok aurat kita.
~Ustaz cakap x perlu la sampai nak pakai tudung bulat hanya sekadar nak jaga aurat kita, buat wanita. sebabnya sekarang banyak fesyen tudung yang menutup aurat. kita je yang kena pandai cari mana satu yang sesuai dengan kita.

3- Pertemuan
~kalau kita bertemu dengan lelaki atau perempuan boleh, tapi keadaan kita bertemu dengan dia tu mesti bebas daripada syak wasangka dan fitnah. contohnya, kalau jumpa belakang pokok pada waktu malam, berdua pulak, macam mana orang yang melihat tu nak bersangka baik? sedangkan keadaan itu sendiri menimbulkan syak wasangka?
~kalaupun kita naik kereta berdua dengan yang berlainan jantina, meskipun driver (lelaki) duduk seat depan dan passenger (wanita) tu duduk belakang, still salah di sisi Islam. 
~lagi satu, untuk mengelakkan fitnah daripada orang lain, elakkan tempat-tempat yang selalu orang yang 'couple' pegi. contohnya, 'couple' suka pegi duduk berdua dekat satu kerusi batu bawah hostel wanita. so, kita jangan duduk pulak dengan yang berlainan jantina dekat situ, nanti orang nampak mesti cakap kita couple, sedangkan kita nak bincang pasal assignments. so, elakkan.

4- Percakapan
~Ustaz kata, kita boleh cakap dengan seseorang yang berlainan jantina kalau keadaan tu bebas daripada fitnah. contohnya, kalau kita duduk dalam kelas, lepas tu lelaki cakap dengan kita (wanita). kita boleh cakap dengan dia, meskipun dia tu ajnabi dan bukan mahram kita. sebab kita dalam satu kelas yang penuh dengan kawan2 kita yang lain, bukannya kita cakap berdua je dalam kelas tu. imagine kalau dia dah cakap dengan kita, lepas tu kita cakap pula dekat dia, 'awak, jangan cakap dengan saya. saya nak jaga ikhtilat'. apa pula orang yang duduk sekeliling kita pikir? 'mesti pompuan ni syok kat laki ni apa? sampai nak cakap pun segan sungguh' see? kita dah mengundang fitnah dan syak wasangka. conclusion is, we can talk to our classmates. jangan fikir banyak sangat, nanti lagi banyak fitnah.
~personal messages atau text messages lagi leceh, kata Ustaz. sebab kita boleh cakap something tanpa kita sedari yang membawa kepada double meaning. lagipun, tak ada sesiapa yang monitor percakapan kita dengan dia. susah. tips Ustaz malam tadi, cut the conversation short. cakap benda yang perlu sahaja. lepas dah cakap apa yang kita nak cakap, that's it. x payah nak panjang-panjangkan conversation tu.
~tips yang paling mudah untuk kita amalkan dulu ialah jangan bermesej smpai ke malam. boleh mengundang fitnah. lelaki atau perempuan tu akan mula fikir, 'dia ni mesej dengan aku smpai ke puluk 2 pagi ni, dia minat kat aku ka?' tak pasal2, kita dah hantar double-meaning, tanpa kita sedari. kalau nak mesej pun, pilih waktu yang sesuai...

apa-apa pun, ema nak ingatkan apa yang Ustaz cakap kat ema semalam. jangan kita ingat kita ja yang ada masalah dengan ikhtilat. sometimes, yang kita nampak alim2 tu lagi banyak masalah ikhtilat daripada kita. jangan kita cuba menjadi orang lain, jadilah diri kita sendiri. kalau kita nak berubah jadi baik pun, jangan ikut orang. nanti bila orang tu hilang, kita pun akan 'hilang'. mungkin ada yang tak setuju dengan pendapat ema untuk berubah ikut kemampuan diri sendiri nie, sebab mati tu bila2, baik kita berubah sekarang. mengikut pengalaman ema, bila kita berubah sebab kita nak berubah, dengan adanya faktor2 yang membantu kita utk berubah (mcm orang baik di sekeliling kita, ilmu yang bermanfaat), kita akan lebih rasa kesan perubahan yang dah kita lalui. 
Wallahualam.

No comments: