Blogger Backgrounds

Thursday, 27 December 2012

pendapat masing-masing

Assalamualaikum, semua. ema sekadar nak luahkan perasaan ema buat masa ni nampaknya isu boycott ni masih satu isu sensitif, dan ramai orang tak nampak lagi gol ema buat masa panjang. tapi ema x kisah pun, kalau korang x faham, x pelah. asalkan ema faham dan ema nak pastikan usaha boycott ema berpanjangan.
ema keluar semalam shopping kat Kota Bharu, dan sebab ada kawan ema yang dah x larat berjalan, kitaorang stop kejap dekat McDonalds. yup, McD. ema pulak tengah tension sebab ada sorang pekedai tu bersikap kurang appropriate dengan ema. *laa, dia x delah buat sexual harassment ke apa, just x bersikap seperti peniaga yang berhemah* i was on the verge of tears, because i was so mad. dan kitaorang pun duduk la kat dalam tu, sambil mengambil bau burger dan french fries yang menusuk hidung. tapi ema x nak makan burger sebab nanti akan lunch kat tempat lain. so in the end, i got myself a Butterscotch McFlurry. sangat sedap actually. 
i respect the decisions of my friend yang x nak beli apa2 kat Mc tu, well, it's your choice kan? and i made the choice to get myself a McFlurry. tapi, the thing is, ada yang banyak bagitau ema yang McD adalah penjana terbesar kepada Israel was the one yang macam terlupa terus about what she said before to me. and she took three scoops of the McFlurry. aik, mana semangat nak boycott dulu? cair dek McFlurry Butterscotch ka? 
ema bukan nak perli ka apa, but boycott ni bukan usaha kita ikut orang. ohh, dia boycott la, aku pun kena boycott. ingat boycott ni adalah usaha murni setiap orang, dan memang jatuh huku wajib kot atas setiap orang untuk boycott. tapi kita boleh boycott atas kemampuan diri sendiri. kenapa ema cakap mcm nie? 
kalau kita memang dah x dak brand bagus computer lain, kita memang practically pakai Intel Inside, and Intel Inside adalah produk Israel, boleh ke kita boycott diorang? kan x boleh, so kita boycott benda lain. macam tu jugak isu ni.
pada pendapat ema, ema rasa ema x bagi penjanaan yang banyak pun kat Israel, setakat makan McD sekali dalam dua tiga bulan sekali. kalau compare dengan duit yang ema jana dengan beli Nescafe dan Maggi setiap bulan, yang produk ema wajib stok untuk diri ema sendiri, ema rasa kalau kita kira, ema sumbang lagi banyak duit dengan produk Nestle'. Kit Kat setiap minggu beli. hah! rm10 setiap bulan, dengan rm 10 setiap dua tiga bulan, baik boycott yang rm10 setiap minggu. 
mungkin ada yang berpendapat, kenapa x boycott je semua, kan lagi senang?
ema nak usaha boycott ema nie bertahan sampai bila2, insyaAllah. ema tahu benda ni bukan senang. sometimes, terorder Milo kat kedai makan, lepas dah minum baru perasan, 'alamak, Milo produk Nestle' ciss!'
semalam, ema cerita dengan sorang lagi kawan ema yang ada McFlurry baru kat McD, and ema explain kat dia betapa sedapnya McFlurry tu. and guess what she said?
"ema makan kat McD? ema makan? ema x boycott ke?" 
ema pun jawab, "ema x boycott McD. ema nak boycott Nestle dulu."
"ema x tau ka McD tu bagi jana banyak kat israel? plus, kita kan mahasiswa/mahasiswi, kita dah banyak exposure pasal isu boycott, Palestin nie..."
ema pun cakap, "benda nie ikut diri masing2, setiap orang pendapat dia berbeza" *senyum*
ema x nak hangat-hangat tahi ayam, awal2 semangat x nak makan, lepas tu lama2 kita yang terjerumus makan juga. so again, ema nak clarify dengan semua orang, ema x boycott McD...lagi. ema nak teguhkan pendirian ema dengan Nestle' products dulu. kalau usaha ema ni bertahan selama at least 6 bulan, ema yakin, insyaAllah, ema boleh resist temptations McD in the future. doakan ema berjaya dalam usaha ni.
ema takut jugak ema akan kalah once ema balik Penang nanti. Bliss, Kit Kat, Nescafe, Milo, Maggi and ice-cream...whoa! banyak tu...insyaAllah, kita boleh! 
again, boycott ikut kemampuan. start with something. ingat, McD is not all about boycott. ada banyak lagi. ramai orang mengaburi mata dengan McD, sempitkan otak diorang dengan perkataan 'penjana terbesar McD' and then boycott McD ja. tapi still jana ekonomi kepada Israel dengan beli produk2 diorang yang lain. ada beza ka? fikir-fikirlah...

No comments: