Blogger Backgrounds

Wednesday, 18 April 2012

beginikah keadaan hati kita sekarang?
Nauzubillah...
assalamualaikum, para pembaca semua. hari nie ema nak cuba cakap dalam bahasa Melayu. kalau boleh x nak keluar pun apa2 perkataan bahasa Inggeris.
tadi, masa dalam dewan kuliah, ada sorang akak pelajar perubatan tahun ketiga masuk bagi tazkirah pendek pasal 'taubat'. sebabnya, minggu nie minggu taubat. 


tazkirah akak tu mudah je tajuknya. '4 Cara Mematikan Hati'. tapi ema suka cara akak tu cerita, sebab akak tu guna contoh2 yang mudah dan boleh diaplikasikan dalam situasi masing-masing. *mesti korang nak tau macam mana hati kita mati kan? jap, jap*


1- banyak berbicara
sepatutnya, kita lebih banyak mendengar daripada berkata-kata. tapi yang kita buat adalah sebaliknya.


2- makan berlebihan
seringkali kita bercakap, 'lapar lagi laa...' walhal baru je makan nasi ngan lauk ayam pedas. atau kita suka cakap, 'mulut ni rasa gatal. macam nak kunyah2' banyak makan nanti malas nak ibadat kepada Allah. mana x mati hati kita? 
ingat pesan Rasulullah: makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang


3- x menjaga pandangan
kalau kita nampak laki atau perempuan yang kacak atau cantik sikit, laju je kita cakap, 'cantiknya!' atau 'comel la laki tu...i like!' kadang2, kita tahan perasaan kita daripada mengatakannya kepada teman2, tapi sedarlah, bermonolog dalaman tentang yang bukan mahram pun dosa jugak. *peringatan untuk diri sendiri supaya berhenti melihat orang yang disukai*

4- bersama teman2 yang jahat
teman2 memainkan peranan penting dalam membentuk diri kita. kalau kawan2 kita baik, baiklah kita. kalau kawan2 kita jahat, jahatlah kita. kadang2, kita cuba menafikan dengan berkata, 'kawan sahaja x salah, pandai2 la jaga diri' tapi sedikit sebanyak akan kena jugak tempias kawan2 kita yg jahat tu dekat kita. mencegah itu lebih baik darpada merawat kan?
tapi jangan la pulak smpai kita berhenti terus daripada menegur kwn2 kita yang x berapa baik tu. berdosa kalau kita putuskan hubungan dengan orang lain kan? *peringatan untuk diri sekali lagi*
sesungguhnya kita termasuk golongan yang bertuah kerana sering ditegur dalam al-Quran supaya sentiasa bertaubat kepada Allah. Allah menjanjikan kita dengan janji2 yang hebat sekiranya kita bertaubat kepadaNya. alangkah hebatnya Allah? Allah menjanjikan syurga beserta air sungai yang mengalir di bawahnya. Subhanallah...cantiknya janji Allah, manisnya janji Allah. kalau nak, kita yang kena berubah. sebab Allah x pernah & x akan mungkir janji.


cubalah ucapkan kalimah 'Astaghfirullahal 'azim allazi la ilaha ila huwal hayyul qayyum wa atu bu ilaih'
tahukah kita bahawa kalau kita mengucapkan kalimah di atas sebanyak 3 kali sahaja, Allah mengampunkan dosa2 kita selama kita hidup macam buih2 di lautan? hebat kan Allah? macam2 dosa kita buat, tapi masih Allah menerima taubat kita. 

sama-samalah kita berubah kepada yang lebih baik. semoga taubat kita diterima Allah...aminn...


P/S: semua bahasa Melayu. macam mana? ok x? ^__^

No comments: