Blogger Backgrounds

Monday, 16 April 2012

suatu pencarian

siapa pun kita, kita masih mencari. mencari apa sebenarnya? mencari kebenaran. apa yang benar yang perlu dicari? kebenaran berkenaan Ilahi, Tuhan kita, Sang Pencipta.


orang Islam pun kena mencari jugak ke? bukan kita dah tahu sejak azali yang Allah itu Tuhan kita?
pada pandangan ema, siapa pun kita, asal usul kita, kita masih perlu mencari kebenaran. apabila kita menjupai kebenaran itu, barulah kita lebih 'appreciate' diri kita & alam ini sekali. kita jugak akan bertambah taqwa, sebab kita yakin dengan agama Allah ini. 


sebagai seorang Islam, yang dibesarkan dalam keluarga Islam, yang membesar mendengar lagu2 nasyid Raihan, Brothers & Rabbani, yang masuk sekolah agama selama 5 tahun, ema masih mencari kebenaran yang hakiki.
zaman kecik2 habis terbuang dengan sikap & pandangan tidak mahu berkahwin kerana merasakan perkahwinan itu sesuatu yang geli, bersuami, beranak-pinak...siapa nak jaga orang tua? 
zaman kecik2 selalu dengar lagu nasyid, tapi x pernah pun faham apa yang diselitkan dalam lagu2 nasyid, main nyanyi ja ikut suka. 
zaman kecik2 dulu x boleh terima pandangan atau nasihat orang lain yang menyuruh ema pakai tudung & tutup aurat. pada masa tu, merasakan orang yang pakai tudung ni alim, x bebas dan x best.


lepas tu masuk sekolah agama. wajib pakai tudung! untuk seseorang yang x pernah pakai tudung seumur hidup, nak pakai pulak tudung yang labuh gila smpai ke bawah pusat, FUYOHH! memang dirasakan x masuk akal. tapi ema serahkan je pada Allah masa tu. Alhamdulillah, sambil2 duduk dalam bas, ema pandang luar dan ema fikir sendiri dalam hati. 'sebenarnya pakai tudung nie x delah panas sangat. rasa biasa je. rasa sejuk skit ada la kot' Sungguh, ema rasa sejuk bila pakai tudung labuh nie for the first time in life, and the time was about 2pm. Allah bagi hidayah la kot.
lepas tu, sedikit demi sedikit ema berubah dari segi pemakaian tudung smpai ema jumpa the one that suits me. then, sikit demi sikit, baju pun ema ubah kepada yang lebih selesa tapi still up-to-date. 


ema mencari-cari siapakah Tuhan kita. benarkah Allah itu Tuhan kita? ustazah banyak ckp agama2 lain sesat, macam mana kita nk tau agama Islam ini x sesat? Nauzubillah...but that's what i thought at that time. ema pun mencari jawapan yang sebenar dalam mata pelajaran yang ema amik. banyak belajar hadis, banyak belajar ayat2 Quran. Alhamdulillah, ustz ustazah semua berfikiran terbuka menjawab pertanyaan, persoalan. setiap hukum yang dikeluarkan Islam adalah tepat dan ada sebab yang munasabah. cara ustazah explain consequences kalau x keluar hukum tu sgt menarik. 


lepas keluar daripada sekolah agama, dah x dak siapa2 nak guide diri ema. so, ema beli buku2 agama, novel2 bercirikan agama. dalam novel2 tu, ema jumpa lagi tentang erti ketuhanan dan sesungguhnya, benarlah Allah itu Tuhan Semesta Alam.


x salah untuk kita mencari Tuhan. malah, Allah sendiri beritahu bahawa smpai satu tahap dlm kehidupan manusia, manusia akan mencari-cari erti kehidupan. and kita yang perlu berusaha untuk mencari kebenaran. kepada yang masih ragu2, teruskan usaha mencari kebenaran. cari kebenaran dalam agama kita sendiri sebelum kita menjangkau melihat agama lain. insyaAllah, we'll find a way.

No comments: