Blogger Backgrounds

Monday 29 August 2011

takut...

you see, the date is drawing closer & closer by the day...
scary coz i'll be at the far end of the country...
i know so many people have made it through...
but you don't understand...
i'm doing something no one have ever done...
people are making fun of me...
they don't understand...they never do...
no matter what, i have to face this...
it's just that there's too much pressure on me...
i have to make my parents proud...
i have to make myself proud...
i know i screwed up big time a few years ago...
that memory will never be forgotten or erased from anybody's mind...
i just have to deal with all those cheap talks behind my back...
i just have to deal with the chilly stares at myself...
i will have to stand my ground, no matter what happens...
but the worst part is that my dad is afraid i will change...
change to a different person...a person whose akidah is rotten...
my grandma is afraid i come home with this huge tudung over my head...
she wants me to be who i am now...
the air is tense around me...
people all around me are changing...those who were once in my shoes...
and when they compare myself & those who are in the shoes i used to be in,
i'm the obvious opposite of who im supposed to be...
people don't believe when i say i once went there to study...
feeling so much pressured...
are they being sarcastic? or are they just being honest?
me have to idea...
some part of me keep saying 'i don't care'...
but to be honest, im hurt...(blinking away tears from my eyes)
it's tough...i know...
no matter what, i have to go through this phase...
i chose to be who i am now...and who i will be...
can't blame anybody i guess...
let them say whatever they wanna say...
i guess my job is to just pray to Him,
beg for His mercy on me...
ask Him to make me a better person in the future...
insya-Allah...


Sunday 28 August 2011

drama of drama...

owh, smlm saya sgt penat lah...owh, sgt2 penat, smpai pinggang yg agak melebar nie rasa nk patah dah...hehehe....OVER kan? whatever! smlm ada kenduri berbuka kt umah grandma, so kenalah rajin2 skit buat kerja. kalau x, grandma jadik tension. x baik org tua2 nei tension. nanti havoc satu rumah. so, ema pun tolong la apa2 yg patut. dari hampar paper atas lantai, smpai letak pinggan, hidang mangkuk lauk, kira pinggan & cawan...and also, ema yg ANNOUNCE kt semua org it's time to berbuka! hahak...mmg tarak malu time tue...
lps semua dah mkn puas2, ema angkat semua lauk2 yg tinggal tue pegi blkg, ada org tolong cuci pinggan. so ema clear jelah tmpt mkn tadi. smbil2 tu, sembang2 ngan cousin yg baru buat operation cabut gigi. hihihih..mmg lawak gila. dah hbis semua tue, ema jadi Cinderella separuh masa. i got on my knees & lap lantai. habis ja lap lantai, terus pi sembahyang Maghrib. then, pi lap another half of the lantai, sbb my uncle ajak some of teh kiddos to solat first right after azan. lps dah solat baru diorang bukak properly. so, jadi Cinderella lagi la kan? pastu, lari pi blkg tgok sinki dah clogged. pulak dahh! cepat2 basuh pinggan & make sure sinki x clogged. sbb grandma ema x suka org buat kerja kkotor, nanti menjerit la dia dlm rumah...
dah settle bab sinki2 nie, all the rest pi solat Isyak berjemaah ngan terawih skali, while i sat in the room with my other cousins. i dont mind being the person in charge in case anything happened. so, ema pun berceloteh la ngan cousins2 sekalian psl HISTERIA. out of all the topics that we could find, HISTERIA jugak yg mengena. haizz...
smbil2 tgok cerita pa tah kt TV3, satu persoalan timbul. that is, if a guy marries people from the kampung2 area, the guy will have to do all the work, coz the girl will take charge. ats sbb cinta yg sgt mendalam, the guy will obey shaja. ema x puas hati sbb statement ni sgt la salah. not the kampung2 part, but the part that guys CANNOT & SHOULD NOT do housework. kalau korang ingat lagi masa kita bljr Sejarah masa form 3 dulu. kita belajar yg Rasulullah sendiri buat housework, tolong isteri dia. Rasulullah jahit baju2 yg dah koyak, bersihkan rumah, ajar anak2 Rasulullah, main ngan anak2 dia...apakah itu menunjukka bahawa seorang lelaki itu dayus? no... kesian bila tahu ada jugak yg berpikiran mcm nie...
ingatkan bnda tue ja...rupanya, ada lagi...drama lagi hebat berlaku dlm kereta, on the way nk balik rumah. uncle ema & ema bercanggah pendapat psl melawat kubur pada Hari Raya. haiyo...mmg drama betul la time tue. semua org diam dlm kereta, kecuali ema & uncle ema. yg lain semua mendengar hujah kedua-dua belah pihak. tapi disebabkan ema budak baik, ema pun ckp la let us stick to our opinions. sbb uncle ema tu ckp dia dgr ulama ckp  jgn pi lawat kubur on hari raya. ema plak dgr penceramah kata on Hari Raya, semua ahli kubur akn tunggu kt kubur masing2 for their relatives. diorang tunggu kita baca Yassin utk dia, mintak doa utk dia. so...ema pun x tau la mana satu betul mana satu salah...

Tuesday 23 August 2011


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya..." Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya – "
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu 'Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang Muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.
Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.
Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.
Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.
Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?
Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.
"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.
"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.
"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.
Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.
Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.
"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.
"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.
"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.
"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.
Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.
"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.
"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.
"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.
"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.
"Perjuangan," jawab Fikri.

ramadhan hampir berakhir...

time time ginilah semua org sibuk nk buat kuih raya, nk beli baju raya, nk pi gantung langsir, nk tukaq karung sofa...tahukah anda Ramdhan hanya dtg sekali dalam setahun? belum tntu lagi bila kita blh berpuasa dlm bulan penuh keberkatan nie...so, dalam sisa2 bulan Ramadhan nie, grab @ rebutlah seberapa byk amalan yg blh...kalau x larat nk terawih, baca Quran byk sikit, atau pun buat solat sunat sikit. buat bnda yg kita x selalu buat @ bnda yg x pernah buat. rebutlah peluang yg ada...

Monday 22 August 2011

i forgive myself..

this post is for me.
me & me only
tonight, so many things are rushing through my mind
listening to Red Fm after so long, brought many memories to myself
i recalled that night i called the radio station
i sent out a dedication & a message
then, i received text messages
i wonder if that's where i did wrong
did i created a fantasy?
if i did, i'm sorry
nothing else i can do to erase that chapter of my life
there's no DEL button to press
all i can do is to forgive myself for all the wrong things i did in life
all the wrongdoings i did in my previous chapters
so, ema...i hope you change this time
there's a new chapter ahead of you
start as a new person


puasa x?

bulan2 puasa nie, kita selalu diberitahu utk selalu berbuat baik, syaitan semua dibelenggu, pintu syurga dibuka seluas-luasnya, doa akn dimakbulkan, pahala akn digandakan oleh Allah....
tapi sedih bila dpt tahu ada jugak manusia yg x puasa di bulan Ramadhan nie. mungkin korang akn pikir, 'diorang sakit kot, sbb tue x puasa.' or 'mak cik tua dah kot, x larat nk puasa' kot la kata x puasa, x pa lah kan, just that, bayar fidyah kalau dah betul2 x mampu nk ganti puasa.
masalahnya skrg, diorang nie dgn x puasa, mkn plak kt khalayak ramai. Islam x benarkan kita mkn depan org yg berpuasa kan? tadi masa kt meja mkn, abah tegur ema sbb ema marah gila kt golongan yg x au malu nie. abah ckp, 'itu urusan diorang ngan Allah. x yah la kita nk marah2 dia & kurangkan pahala kita.' 
ada benarnya kata abah tue...huhuu...lepas nie, nk ignore jelah...

Sunday 21 August 2011

zuhudkah kita?

tadi my sister was telling me a story from a novel she read. it's about a rich girl yg fall in love with a carpenter. this girl sgt la up-to-ate, modern...tapi after dia tgok poster kt billborad, dia terus suka kt the carpenter. (the carpenter was in the poster, tadah tgn kt langit, dgn kopiah segala, outside a masjid) this girl plak fall in love dgn the carpenter sbb the carpenter nmpk sgt alim + muka bersih...this girl pun pi cari the carpenter, ajak the carpenter mai rumah buat almari for herself, ajak dia mkn kt rumah & then finally the girl luahkan isi hati dia kt the carpenter. the carpenter setuju. so diorang pun kawen laa...
but then, the girl sgt la terkejut bila she finds out that her husband lives in a small hut, x dak katil...senang kata, sgt la miskin kindda situation. but then, the husband ckp kt the girl, kita kena hidup dlm serba kesederhanaan. this girl pun bising2 sbb hari2 mkn ikan kering, soetimes dia merungut, 'kalau i kt rumah i sekarang, i akn mkn ayam goreng panas2' *(stuff like that la kan??)*

but then, in the end, this girl pun blh adjust herself to this situation. 
tapi kan, bolehkah kita hidup dlm this situation? katalah kita kawen dgn a guy yg zuhud mcm nie, mampukah kita bertahan? ema tau ema x hidup senang, but then kalau i was put in a situation mcm tue, i don't think i can continue. but then, itulah ujian yg kita kena hadapi. Allah knows best. Kalau Dia dah tetapkan kita kawen ngan a guy yg zuhud, there goes. mau x mau, kena accept & continue life rite? apa ema nk ckp kt sini, ini semua ujian Allah pada kita. dalam kisah di atas, ujian this girl is to stay in the situation. daripada hidup senag-lenang, kena hidup dlm serba sederhana. ujian for the husband plak, is to continue life with the wife, walaupun isteri tue byk bising, terus bersabar ngan karenah isteri dia...

kita pun kenalah belajar bersabar dari sekarang...

Saturday 20 August 2011

hujan

teringat pesan cikgu Add Math yg pernah bagitau kitaorg masa Form 5 dulu. 
'bila hujan, ramai org akan cari bantal nk peluk & tidur kan? 
saya x buat mcm tue. aya akan tadah tangan doa kt Allah banyak2. 
Time hujan2 ginilah, kita kena byk study. 
Allah akn makbulkan doa kita, insya-Allah' 
so, tadi masa hujan kt sini, ema punya sungguh2 bagi TV on, so that kitaorg blh tengok show. 
tapi Allah tu Maha Kuasa.
Kalau Dia x berkenan ngan kita, Dia buat la mcm Dia x berkenan dgn kita. 
punyalah try berulang-ulang kali, tapi still x leh nk on TV. las2, ema pun main game kt dlm hp.
las las, ema fikir balik, buat apa aku buang masa main game (yg mmg x best)?
lebih baik ema gunakan masa nie untuk bnda yg lbih baik. plus, Allah turunkan hujan rahmat. 
so, ema pun masuk bilik, sarung kain telekung & grabbed my tafsir Quran. 
baca punya baca, satu surah dah habis. Alhamdulillah...
so people, don't be like me. wasting time doing stuff that are not beneficial.
jangankan kata bulan puasa nie baru nk buat semua bnda baik,
& then pi tinggal semua benda masa raya.
ikhlaskan niat. pasang azam. start dari azam yg kecik2, kemetot2.
biar org ckp kita mcm x berubah langsung. asalkan kita tau perubahan yg kita buat.

Thursday 18 August 2011

i'm sorry

i'm sorry i spoke with you...
a simple question turned wild, turned hot...
we crapped all night long...
i'm sorry, if i'm, the reason why you also got sins...
i should have never spoken to you...
should have just ignored you...
just like i did all the while...
sorry...

P/S: feeling like crap now...

i love you just the way you are, Muslimah

Damn, I miss it.
The time when you looked so beautiful.
When, the cover you wear was long enough.
When,your words were carefully spoken.
When, your dress was so modest.
When, you looked so shy around men,
while in the real arena you were such a ferocious lioness, a real mujahidah.
I love that time, I love you just the way you are.

Damn, i miss it,
When you are not trying to look beautiful,you are.
When you quickly put your cover down when the winds blew it hard.
When you take another route just to avoid the opposite group.
I miss to see that calm sweet face.
I miss it when your face saddened by the reminders of God.
And I love you just the way you are.

Damn, I miss it.
When I tried to steal a look at your face, I see tears rolling out with your hands up,praying.
When you deviate the gorgeous grey eyes away the moment  yours met mine.
When you take no single glance at me when we pass by each other.
I love the way you talk to me, such composure and grace.
I love when your heart was so fragile to the Holy Words.
I love that time,I love you just the way you are.

But now,I don’t know what I am feeling.
The love is starting to fade, or what?
 Jealous? 
Disappointment? 
Hope?  
I don’t know.

It hurts me a lot, it’s silently killing me inside.
Every single time I saw you in that apparel.
Every single time I saw you mingle freely without boundaries with the opposites.
Every single moment I saw that words coming from your precious lips.
Please,this is not the girl who I’d known before.

But still, remnants of my love are still there,I’m sure.
I really want you to be my company in this perilous journey.
I really want you to be at my side,sharing love and care.
I really want you to be the mother of my children.
I really want you to be my guidance to His Love.
Even death cannot do us apart, because we will reunited in God’s Glorious Gardens.

But girl,please. I really love you just the way you are at that time.
The time when you looked so beautiful.

When I saw you at that time,
There’s not a thing that I would change,
Cause’ you are amazing,
Just the way you are.
The way of a Muslimah.
P/S: ema sgt tersentuh mmbaca poem nie. mata agk berair bila part perempuan tu berubah terus. hati rasa pedih, sbb ema takut ema tergolong dlm kumpulan perempuan mcm tue. ema tahu ema mmg dah tergolong pun dlm kategori tue. tengah amik masa utk berubah sekali lagi, tapi sesungguhnya, perubahan adalah jihad, sgt susah, perlukan kesabaran & keberanian. kesabaran utk diri kita terus berubah, keberanian utk terus-menerus mengambil langkah seterusnya ke arah kebaikan. susah, sgt susah...tapi, akan ada rasa puas, sbb kita tau kita tengah menjadi semakin baik dari hari ke hari. mulakan dari benda yg paling mudah utk kita ubah. ema start dengan pakai stokin. Alhamdulillah, rasa seronok bila pakai stokin. x rasa tension memikirkan the fact yg ada org tgh tgok kaki ema. cubalah sedikit demi sedikit. insya-Allah, mudah-mudahan Allah menerima taubat kita, perubahan kita, jihad kita...aminn...

Monday 15 August 2011

haunting past

we all make mistakes in life. we fall & we get up back. we fight through day & night to repair our mistakes, to make ourselves a better person. we pledge to not repeat our mistakes. we promise to be better each time around. we start new in a new environment.
but our past keeps coming back to haunt us. people remember our mistakes. people know us for who we are, the good & the bad. they dig up our past & haunt us like zombies. instead of eating our brains, they eat our hearts slowly. as hard as it is, we have to continue life. one step at a time. hari nie ja, 2 org sebut nama keramat. yg 1st tue, ema agk terkezut, but then relax jaa...the 2nd one, hampir tersedak betik yg ema mkn, sbb i didn't see it coming! hahaha...
so, i guess, i have to be stronger, to face these obstacles as a person. it's a daily challenge. and i guess i will never be able to start as a new person anywhere i go. coz the past will keep haunting me...

Sunday 14 August 2011

sedih...

hari nie ema feeling sikit yaa? tadi tgok cerita My Heart ngan adik. so, smbil2 tgok tue, ema suka sgt watak tomboi tue, so asyik ckp, 'comell' kt budak tue...haha...tapi part sedih bila Irwansyah nmpk kwn dia tue kt hospital, but tinggalkn kwn dia tue utk tgok Acha...eii, geramnya!!! also sedih bila Irwansha dtg tgok kwn dia tue, (masa kwn dia tidur) & yet bgtau kt kwn dia dia kena temankn Acha tue. dia akn dtg balik lps Acha dah mati...owh, rasa mcm nk cekik ja Irwansyah masa tue. plus, masa tue tomboi tue nangis dlm tidur...huhuuhu...sedih...
x sgka masih ada people yg pentingkn gf drpd shbt sendiri. at least be there for ur friend la kan?? huhuhu...

Saturday 13 August 2011

azam

saya perlu berubah...
saya mesti berubah...
biarlah ema berubah sikit2, but i have to change...
it's now or never...

Friday 12 August 2011

12/8/2011

tarikh di atas sgt keramat, sangat nostalgik...aku teringat pada tarikh ini, tahun lalu, banyak yang telah berlaku. benda yg x sepatutnya berlaku telah berlaku. ema malu ngan apa yg berlaku tahun lepas. 
dalam bulan puasa lak tue, ema melakukan dosa...terang-terangan. malu...
tapi ema yakin, ema yg mengubah destiny ema. 
kalau tahun lepas buat dosa, tahun nie, insya-Allah ema x buat dah. 
at least, tahun nie ema x buat mcm tahun lepas.
perbuatan ema tahun lepas menyebabkan si dia turut melakukan dosa. ema mintak maaf. 
ema x sedar apa yg ema buat last year, at that time...
ramai yg nasihat ckp apa yg ema buat tue x baik, but then time tue, ema cuma senyum...
ema rasa apa ema buat tue x salah...
sbb setiap amalan itu bergantung pada niat. (innal a'malu binniah)
niat ema time tue, sebagai seorang kawan. but then, looking back, now i realize, it was wrong...
no matter what my niat was...i'm sorry...
i hope what i did yesterday, will not spark anything between us...walaupun there's NOTHING between us. (hahah..dah buat ayat bangla...) 
insya-Allah, i pray for ur health & wealth, in ur studies...& i hope, we'll remain like this forever...

Wednesday 10 August 2011

aku bersyukur

aku bersyukur aku dilahirkan dlm keadaan sebegini
cukup jari, cukup anggota, cukup semua
cukup sempurna...
aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yg sempurna
ada mak & abah
ada kakak & adik
ada grandma & grandpa
ada mak cik pakcik...
aku bersyukur...
aku bersyukur aku blh berjalan, boleh bercakap
boleh berkomunikasi dengan org
mendapat kesempatan belajar di sekolah, berkawan...
aku bersyukur...
thank you Allah...
for giving me so much i can't say enough 'Thank You' for...
aku bersyukur...

Tuesday 9 August 2011

ujian

smlm ema pegi smpai ke JURU, cari survey temapt nk buat kajian untuk kak ema. kitaorg sesat smpai ke mana entah & then patah balik smpai ke destinasi, x jumpa rumah plak. hmm...and then, bila dah balik tayar plak pancit tengah jalan. tak pelah...kitaorg pun tolak la motor tu smpai ke hentian Juru. tapi, Allah itu Maha Adil. Allah pertemukan kitaorg dengan org yg snggup membantu. sorang tu offer bagi lift smpai ke kedai pomen. but then kitaorg takut sbb dia kn STRANGER? lps tu, sorang lagi stop by & talipon pomen utk kitaorg. sorang lagi pak cik offer tarik motor ats lori dia & stop kt kedai. but then sbb tau pomen akn mai, kitaorg pun tolak offer pak cik tu ngan baik & waited for the pomen. tapi bila talipon pomen, dia x mo mai plak. so, kitaorg tolak la motor gedabak tue. kitaorg dah plan nk tolak smpai ats jmbtn when suddenly ada pomen lalu kt situ & saw us struggling with the motor. he offered to help. Adil kan Allah??
itu la Allah. dia menguji kita dgn ujian, tapi ujian yg Dia bagi tue sesuai ngan kita. Allah tahu kita mampu hadapi ujian tue atau x. so Dia bagi yg okay2 ja ngan kita. dan after stiap juian yg Dia bagi, akn ada 'present' iaitu nikmat. so, kita kena sabar ngan stiap dugaan Allah. sabar saja x cukup. kita kena yakin dgn Allah. yakin  that Allah akn bagi jalan keluar kpada stiap mslh kita. it's only a matter of time.

Sunday 7 August 2011

why not?

i'm not referring to the Hilary Duff's song 'why not' here. (though i find the song has a catchy tune...why not? do a crazy dance, if you lose the moment you might lose a lot so why not? why not?) haha...okay, back to story! ema pegi pump minyak kt Shell tadi and i saw something happened. this aunty x leh control her motor, smpai she & her toddler jatuh with the bike. luckily, toddler dia jatuh terduduk. tapi sbb aunty tue terkezut nk mampus ngan what happened, anak yg jatuh tue dia buat dunno. dia mmg terkejut gila la. havoc tempat tue. org lari from everywhere.  

something caught my eye. ada this Chinese couple yg tgh pump minyak laru terus & angkat budak tue. budak tue actually is a Malay. but then dia dukung anak tue mcm anak dia sendiri, usap kepala budak tue, making sure the boy is okay. uncle2 lain lari2 and angkat motor aunty nie. bagi nasihat on how to handle motor next time semua. i just stood where i was & pump minyak. the thing is, bila mai kes budak yg accident, org ramai x kira warna kulit come & help. but when it comes to adults yg accident or anything, org mula tgok bangsa.

kalau Chinese yg accident, x kisah la kalau diorang saudara atau x, gerenti ada cina lain yg turun dari kjereta mewah tolong anak bangsa dia sendiri. kalau nk fight kt situ pun dia rela. kalau Melayu yg accident, Melayu jugak yg pi tolong. bangsa lain buat dunno jer. why? perlu ke mcm tue?

it's always like that kan? masa kecik2 dulu, kita semua kawan. x kisah la bangsa apa pun, agama apa pun, kita semua kawan. tapi bila dah besar, semua pun kita nk kira. where does this hatred come from? i don't know, i don't have an answer. but trust me, the world would be a better place kalau semua org tolong-menolong, x kira bangsa, usia, warna kulit, agama. why not kita buat mcm tue? 

why not?

Saturday 6 August 2011

aku telah dihitbah, bahagiakah aku?

ini bukan karya ciptaan @ rekaan ema ya? ini satu karya yg ema jumpa dia Facebook. kepada yg sudi membaca, silakan baca.... 

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum. Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."
** Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.**

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~