Blogger Backgrounds

Saturday, 7 January 2012

Ombak Rindu tragedi murahan

Filem Ombak Rindu arahan Osman Ali bermula tragedi Ustazah Izzah dihantar bapa saudaranya Taha kepada Kelvin, pemilik kelab malam sebagai pelayan kelab dan pelacur sebelum dibeli oleh Hariz sebagai perempuan simpanannya. Babak awal memaparkan alam yang indah dan disusuli Ustazah Izzah membaca doa selesai membaca al Quran.
Di kelab malam, Ustazah Izzah dicengkam rahangnya oleh Kelvin dan orang-orangnya lalu dituangkan arak ke dalam mulut Ustazah Izzah. Baju kurung Ustazah Izzah dikoyak oleh Kelvin lalu pengsan. Apabila sedar, Izzah melihat Hariz menanggalkan bajunya dan meratah tubuhnya dengan mata nafsu haiwannya.
Ustazah Izzah bersikap “pasrah” untuk dirogol Hariz. Ustazah Izzah memaut kaki Hariz merayu-rayu meminta agar dirinya dibeli oleh Hariz. Ustazah Izzah diperlakukan sebagai wanita murahan, sehingga meminta Hariz menjadikannya sebagai isteri, namun sanggup dinafikan hak-hak sebagai isteri demi menikmati hubungan seks halal. Mereka menikah di Selatan Siam.
Tragedi identiti dan nilai merujuk pada sifat zahir dan batin diri sebagai watak penjahat yang dipenuhi nilai keji seperti khianat, penipuan, pura-pura, munafik dan penonjolan sifat haiwan. Pernikahan Hariz dan Izzah dirahsiakan daripada ibunya oleh Pak Dollah dan isterinya. Mila sebagai selebriti yang baharu pulang dari luar negeri bercakap rojak dan Datin Suffiah yang berambut warna mengerbang, mendedahkan pangkal dada merupakan watak yang dicengkam tragedi identiti dan nilai yang kronis.
Wafiah, sahabat Hariz tiba-tiba muncul memeluk Hariz kecewa akibat cinta, merupakan watak tragedi nilai dan identiti. Taha juga mewakili watak yang mengalami tragedi identiti dan nilai. Pak Dollah dan isterinya sebagai watak manusia beragama yang pasif sekadar pembantu rumah. Sehingga Pak Dollah muncul tiba-tiba menyatakan Hariz adalah anak kandungnya kepada Datin Suffiah sebagai suatu bentuk tragedi identiti dan nilai.
Kerangka
Berdasarkan hujah tersebut, nyatalah Ombak Rindu dibikin dalam kerangka pengalaman Barat dengan penerapan unsur tragedi secara meluas. Penonton sama ada sedar atau tidak disihir dengan tragedi untuk berasa simpati kepada Ustazah Izzah. Walaupun ada babak Ustazah Izzah membaca al-Quran dalam bilik diintai oleh Hariz semasa Ustazah Izzah masih perempuan simpanan Hariz, namun itu bukanlah bukti kuat menunjukkan Hariz bertaubat. Hariz hanya simpati pada Ustazah Izzah atas tabiat kemanusiaan dan nafsu badaniah sahaja.
Tiada langsung babak memperlihatkan Hariz menunaikan ibadat hatta solat. Agama hanya tempelan sahaja. Kemuncak cerita ini ialah pendedahan tragedi Pak Dollah-Datuk Suffiah, tragedi penceraian Mila-Hariz. Walaupun Hariz dan Ustazah Izzah menaiki kapal layar namun tiada babak menunjukkan Hariz berubah menjadi baik kerana agama, melainkan perubahan kerana simpati dan nafsu badaniah sahaja terhadap Ustazah Izzah.
Hal ini berbeza dengan pengalaman Islam dimana Adam a.s yang sedar lalu memohon ampun dosanya biarpun terlontar ke dunia. Allah menjanjikan kepada Adam a.s dan zuriatnya hidayat dan keselamatan bagi mereka yang ikhlas melaksanakan agama Allah. Merajalelanya watak Datuk Suffiah, ingkar dan kerasnya Mila dan ketiadaan babak Hariz pulang kepada Allah membuktikan filem ini adalah filem tragedi murahan semata-mata.
Manakala citra agama menerusi Ustazah Izzah dalam keadaan terhina, ketidakupayaan dan pasrah dalam lembah kehinaan. Agama pada Ustazah Izzah hanya pada tudung, kenaifan, mengajar dan membaca al-Quran. Agama pada Pak Dollah dan isterinya pada songkok dan pergi haji. Sampai bila kita hendak menyaksikan watak Melayu pincang dan keliru? Bilakah kita boleh berbangga pada filem kita yang mengangkat keunggulan identiti dan nilai jatidiri kita?
Usah tertipu aspek teknikal filem seperti sinematografi, pencahayaan, pengarahan dan lakonan sahaja, namun falsafahnya hancur mengaibkan orang Melayu dan Islam.

credit to: koleksicerita.com

Friday, 6 January 2012

ilham

dalam beberapa hari nie, ema ngaku diri ema x brapa nak ok sikit, disebabkan hal2 tertentu yang berlaku di sini. bnda2 tu boleh dielakkan, tapi entah macam mana, berlaku jugak. 
one thing yang ema buat kat sini selama kepala otak ema kacau ialah berdoa. berdoa pada yang Maha Esa. berdoa mintak Dia bagi ema ilham on what to do & what not to do. 
guess what happened? 
banyak benda yang berlaku yang buatkan ema distracted ngan masalah yang berlaku. kak usrah ema ajak ema Qiam kat surau. ema anggap bnda nie sbgai satu ilham @ petunjuk daripada Allah. bila pergi qiam plak, kakak2 yang ada kat situ tunjukkan sat video ringkas pasal ukhwah antara manusia. 


dalam video tu, pelajar tu gunakan ayat 133-134 dari surah ali-Imraan. 
Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. (yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupunsempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan.


pengisian yang ringkas tu pun actually ilham daripada Allah, the answer to my prayers. kak tu nasihatkan kitaorg semua untuk tidak memutuskan ukhwah antara kitaorang. sometimes kita naik berang sebab kawan kita ni buat salah kat kita, but then kita pasti akan rasa kurang bila kita buat aktiviti dengan kawan2 yang lain. kita rasa macam kita kekurangan ahli sorang. setiap bnda yang kita buat mesti akan rasa janggal, sbb kita dah terbiasa sangat beramai-ramai. sepatutnya, kita kena cari balik kawan yang tertinggal tu. itulah adab berkawan, itulah yang dinamakan ukhwah.
so, dalam video tu, diorang berbaik2 semula. 


ema pulak tersentap dengan apa yang jadi dalam video tu. sepatutnya, that's what i do, but i didn't. i thought things will heal with time, but things only got worse. so, all i keep doing is pray so that Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk ema keluar. balik2 bilik pagi tadi, ilham Allah yang seterusnya datang dalam bentuk manusia yang memahami ema secara keseluruhan. dia pandang ema, terus connected ngan ema. dia pun slow talk ngan ema, smpai menitis air mata cheq. huhuhuhu....then, kakak ema plak call.


menangis lagi la cheq. ema x suka sgt nk gaduh2 nie, sbb ema tau ema tengah laburkan saham dalam akaun dosa ema. ema plak pening, sbb ema x nk back down, ego la kann...so, bila ema pandang siling bilik ema, mcm2 bnda yang ema fikir. 
'i must take action'
'do i say sorry?'
'why should I say sorry, i didn't do anything. she should apologize first'
'Allah dah banyak bagi ilham kat ema, if i ignore them, ema yang berdosa'


the fact that ema dah berdosa ngan manusia & then now nk buat dosa ngan Allah, Pencipta ema yang bagi ilham kat ema, yang memakbulkan doa2 ema selama ema tengah kepala pusing ni, buat ema rasa tension. tanpa disedari air mata laju ja turn ke pipi. bila cakap ngan kakak ema, nangis lagi. nangis je ema petang tadi. muka dah kepanasan, kepala dah betul2 sakit. 


the thing is that, kita yang kena start something tu. kak April cakap, jangan mintak maaf kalau x bersedia. mulakan satu conversation, soothe things up. lepas dah rasa bnda dah ok skit, barulah mintak maaf secara rela hati. so, itulah yang ema nk share ngan korang.


Wallahua'lam...

Monday, 2 January 2012

anger management

obviously, dengan hanya membaca tajuk entri kali nie, korang dah boleh guess ema dalam keadaan marah kan? hahahaa...insyaAllah, ema x marah. just that ema nk kongsi skit tips untuk kawal emosi marah nie. 
blowing up is so much easier
Islam sendiri bagitau kita bahawa perasaan marah nie timbul sebab syaitan banyak around our surroundings. sebab tue, Islam sarankan umatnya untuk tahan diri daripada marah. tapi menahan perasaan marah ni bukan bnda senang. ema pernah tahan diri daripada amarah, ema rasa sangat penat, smpai kena tidur. the other time plak, ema rasa sakit hati smpai mengalir air mata, teresak-esak menangis, sebab geram sangat. blowing up would be easy, but that will not lead us anywhere, kan? what's the point?


jgn fikir sgt gigi tu mcm mana,
senyum lebar2, manis...
so, ema nak sarankan a few things supaya sama2 kita alihkan perasaan negatif itu jauh2 dari kita. 1st of all, kita kena banyak senyum. trust me, bila kita marah, senyum banyak2 instead of frowning, kerut dahi, buat muka masam mcm cokodok basi, sebab you'll end up spreading the negative energy to your surroundings. imagina kalau dalam dewan kuliah, pastu kita plak muka masam, macam mana nk study kalau energy sekeliling kita tengah panggil syaitan banyak2 duduk sebelah kita, tonggek atas kepala? 
tapi, kalau kita senyum, masyaAllah, kita dah dapat pahala kepada setiap orang yang kita senyum. 'senyum itu sedekah' kalau senyum banyak2 kat orang, kan dah dapat pahala sedekah?? kita pun akan sejuk hati kalau orang yang kita senyum tadi tu membalas pulak senyuman kita tadi. hilang sebentar geram kita, amarah kita. plus, you can think it this way. silap2, dengan senyuman tadi, mak cik tadi yang tension pun boleh lupakan kesedihan dia sebentar. hebat x senyuman?
You're AWESOME!
next, try to see yourself as a better person than the person yang buat kita marah tue. think about all the good values inside yourself & be proud of it! i know i am proud of myself. i know i'm acting MATURELY by not arguing but IGNORING & DEALING with the problem. praise yourself for all these little things you do. jangan hiraukan sangat orang tu. anggap dia satu ujian kita daripada Allah. mungkin Allah nak tengok sejauh mana kita boleh tahan kemarahan kita, sejauh mana kita boleh deal ngan masalah kemetot tu. doakan orang tue. mintak2 Allah bukak hati dia. kalau kita doa untuk orang lain dlam diam, Allah bag mcm2 kt kita. Allah mudahkan urusan kita, Allah bagi kebahagiaan berganda2 kat kita.
yang paling penting, kita kena sayang diri kita. no matter apa orang tu mengumpat kita, cakap buruk pasal kita, kita xkn hiraukan dia kalau kita sayang kt diri kita sendir. bila kita sayang diri kita, kita yakin dengan kebolehan diri & we won't believe dakwaan yang diberikan kepada kita tu. be strong, stay positive & move ON!


Wallahua'lam..

didik anak-anak

ema teringat satu hadis yang di'post'kan ke facebook x lama dulu. hadis tu bunyi mcm nie.
'manjakanlah anak kamu untuk 7 tahun yang pertama, untuk 7 tahun yang kemudiannya, bersikap tegas dengan mereka. Untuk 7 tahun yang seterusnya, sayangilah mereka, kerana di saat ini, mereka amat memerlukanmu'

now, it's my turn to explain what is the hadith talking about. so, (logically thinking), pada 7 tahun pertama tu refer to anak2 dalam lingkungan usia bayi hingga ke usia 7 tahun. ibu bapa kena manjakan anak-anak time nie, so that anak2 tahu yang mak ayah dia sayangkan dia. selalunya masalah budak2 arise sebab diorang rasa mak ayah diorang abandon diorang. i've met one toddler yang merajuk ngan mak dia smpai x nak cakap ngan anybody, she just shuts herself down. and all because her mum doesn't pay attention to her. 
in my case, Alhamdulillah, mak abah ema paid attention to me when i was little. i got almost everything i ever needed as a child. ada mak & abah, abah bag ema pegi beli asam kt belakang kampung every evening, boleh ronda2 kampung...i get to choose where my family dines out masa kecik2 dulu. hehehe...
lepas tu, hadith tu cakap ibu bapa kena tegas dengan anak2 in the next 7 years, meaning anak2 tu dah umur 8 smpai 14 tahun. kenapa kena tegas ngan anak2 time nie? sbbnya, at these age, budak2 akan start tengok mak ayah dia. apa yang mak ayah dia buat is what dia akan buat. so, time2 ni, kita dah kena tegas ngan anak2 kita pasal sembahyang. sbb tue, menurut Islam, kalau anak2 yang usia 7 kalau still x sembahyang, mak bapak boleh pukul anak2. see the significance?? 
so, it's very important utk parents to be strict with children. tambah2, anak2 plak dah masuk sekolah, parents kena strict ngan results yang anak2 dapat. lahirkan rasa competitive in the child masa belajar. (that' what my mum did to me & my siblings) and then, when they get older, start la hormonal changes in the body, so ibu bapa kena lebih tegas ngan anak2. kena ajar anak2 utk hormat org yg lebih tua, duduk dengan lebih sopan, ajar tentang aurat, sunnah Rasulullah...these things are very important sbb bnda ni la yang akan jadi foundation bila anak2 dah meningkat dewasa. parents kena strict in giving @ buying stuff to children. kena ajar anak2 about berjimat-cermat, buying stuff that are REALLY needed only. stuff like that la. don't encourage anak2 untuk keluar ngan kawan2 sgt at these age, sbb nanti akan jadi habit bila hormones dia betul2 berubah songsang...if you know what i mean.

last but not least, in the following 7 years, parents must be the children's best friend-must show the caring side of them, but still have the strictness in controlling children's activities. limit their expenditure, let them earn everything they want. x leh dpt bnda2 yang diorang nk tu dgn mudah, sbb nanti jadi anak manja, which is kindda dangerous, sbb they are growing older, not younger. if they have things their way even in the last 7 years, nahaslah. bahaya sangat2! parents kena pandai bagi muka & be strict at the same time. 
i'm glad actually that my parents have taught me well & brought me up pretty well. i kindda am a TOUGH girl yang boleh survive on a land without anybody. well, i'm kindda alone here, it's a whole new environment & i still can survive without any problems so far. well, not chronic thingy-whingy. masalah teman sebilik nie dah terbiasa sangat nie, but i rarely complain to my parents, coz in the end, they know i can handle this situation myself. they need not intervention.


so, itu jelah yang ema nk ckp. the whole idea of mendidik anak nie is so that anak2 kita boleh bawak nama baik keluarga in the future, even when kita dah x dak kt dunia nie utk menegur anak2 kita. ema tahu ema x berhak nk ajar mak bapak mcm mana nk didik anak2, but i think this is a really important thing. kalau salah didik, walaupun in the slightest way, anak akan jadi x betul sangat. sometimes, kita fikir, 'kalau aku belikan anak aku apa yg dia nak, dia akan berubah kot' but ingatlah, sjauh mana la sgt anak2 kita akn stay BERUBAH? smpai dia jumpa benda lain yg dia nak? fikir-fikirkanlah...


Wallahua'alam...

tahun baru, azam blog pun baru

semalam ema x dak mood nk post anything sebab dah post pasal poligami. tadi plak penat sngat lepas dengan lecture, terus cari katil instead of laptop, untuk update blog. heheee...
so, my main point is, Happy New Year people!! ema harap ema x terlambat nk wish happy new year. so, my main new year's resolution untul blog ema is obviously, STOP NONSENSE, more knowledge thingy-whingy. harap2 boleh la nak realisasikan impian nie. coz, ema agak malu bila ema tengok balik posts yang ema yang dulu2, cerita tah apa2. crushes la, lagu terbaru la, cerita2 pasal XY dalam hidup ema, bnda2 merapu la in short! so, ema nk KAWAL these crap, try put in ilmiah stuff in here.
please leave your comments after every posts yang korang baca. silalah feel free utk menegur ema sekiranya bahasa yg ema pakai tu agak kasar atau inappropriate, or if ema sendiri silap dalil & konsep, coz most of the stuff yang ema tulis are based on my own state of understanding. sometimes ema main merapu ja, trying to find a solution to my thoughts. sometimes ema cuba kaitkan logik ngan hukum2 Allah. so, sekiranya ema silap, silalah feel free utk menegur ya? 
 

Last but not least, Happy New Year 2012!

Wallahua'lam..