Blogger Backgrounds

Thursday 13 December 2012

Kehidupan: suratan atau kebetulan?

*sorry, post nie took forever for me to write, ema asyik terlupa untuk update post nie*
ema hadiri satu majlis ilmu, talk daripada Dr MAZA, Muhammad Asri Zaial Abidin. Dr MAZA asingkan talk nie kepada bebearpa bahagian. dan cara Dr MAZA ialah dr huraikan satu per satu bahagian ni dengan jelas sebelum beralih ke bahagian seterusnya.

bahagian 1: adakah kita mempunyai pilihan, atau semuanya telah ditetapkan oleh Allah?
itu soalan pertama yang Dr MAZA lontarkan. Dr persoalkan konsep jodoh, sebab inilah contoh terbaik yang semua orang akan faham. Dr tanya samada jodoh tu ketentuan Allah. sebab kita selalu sangat dengar orang cakap 'jodoh di tangan Tuhan, dah x de jodoh, nak buat macam mana?' tapi, pada masa yang sama, kita masih berusaha untuk mencari jodoh buat diri sendiri kan? 
satu frasa yang ema suka daripada Dr MAZA masa tu ialah, 'manusia perlu i'tiqad dengan i'tiqad yang betul, barulah manusia akan faham dengan kehidupan'

terdapat dua unsur dalam kehidupan, iaitu ketentuan Tuhan dan usaha kita sendiri. Agama menyuruh kita berusaha. manusia pula masih mempunyai tindakan dalam konteks mengubah cara hidup kita. Tapi sejauh mana kita mengawal kehidupan kita? Allah suruh kita berusaha cari rezeki, keluar bekerja dan agama jelas membenci orang yang malas. 
Dr MAZA menceritakan kisah seorang pengemis di zaman Saidina Abu Bakar yang mana pengemis ni masuk ke dalam masjid dan bersungguh-sungguh minta doa pada Allah agar dikurniakan rezeki kepadanya. 
Kemudian Saidina Abu Bakar berkata padanya, "x akan jatuh makanan dari langit buatmu" *lebih kurang la apa yang Saidina Abu Bakar jawab. ema x ingat sangat ayat yang betul tu, sebab ema x salin. sorry* 
Allah mengurniakan pahala atas setiap usaha hambaNya yang mencari rezeki. Kalau hamba tu berssah-payah keluar dari rumah seawal 6.30pagi untuk menoreh getah, setiap usahanya itu dikurniakan pahala, biarpun kerjanya payah. 

bahagian kedua: kenapa Allah tak bagi rezekinya pada setiap orang sama, sedangkan Allah berkuasa atas segalanya?
sebabnya, Allah menciptakan alam ini dengan peraturan-peraturan, dan manusia pula merupakan salah satu juzu' daripada penciptaan alam ini. 
Analogi yang Dr MAZA berikan seterusnya adalah ibarat kita memandu di jalan raya dan kita mematuhi peraturan jalan raya, membawa kenderaan mengikut kelajuan yang ditetapkan, berhenti pada lampu isyarat dan sebagainya. tetapi ada pula sesetengah pemandu yang memandu secara tidak berhemah di jalan raya. sedikit sebanyak, cara pemanduan mereka yang tak berhemah tu menganggu kita di jalan raya. 
ini adalah peraturan alam, di mana kita berkongsi alam ini dengan orang lain.
sama juga dengan pencemaran alam. kita x buang sampah ke dalam sungai, tapi disebabkan ada yang membuang sampah ke dalam sungai, sungai kita tercemar. 
ibaratkan seorang penoreh getah, yang merupakan hamba Allah yang keluar menoreh getah setiap pagi. pada suatu pag tu, Allah turunkan hujan, dan hamba Allah ini tidak boleh keluar bekerja. dah la hidup susah, Allah turunkan pula hujan. kesian dia, tak bekerja satu hari, entah-entah tak dapat makan satu hari tu. bukan bererti Allah tak sayang dia, tapi Allah sayang juga hamba-hamba Allah yang lain. 
tumbuh-tumbuhan dan binatang pun perlukan hujan juga, sebagai sumber air. kalau Allah nak sayang kat penoreh getah ni, silap-silap haribuan semua pokok getah mati, sebab Allah tak sayang pada pokok getah, sebab tidak diturunkan hujan. 

Dr MAZA mengambil contoh Rasulullah sendiri sebagai penjelasan mengenai peraturan alam ini. kita bandingkan peristiwa hijrah dan Isra' dan Mi'raj. kedua-duanya pun melibatkan baginda Rasulullah, tapi apa perbezaan antara kedua-duanya?
hijrah merupakan satu perjalanan yang susah, sukar dan perit untuk Rasulullah. kerana menyeberkan dakwah Islam itu satu perkara yang sukar. Rasulullah kena cari unta, barang-barang semua sendiri dalam peristiwa hijrah. tapi dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj, jauh sekali bezanya. Allah sendiri menyediakan kenderaan buat Rasulullah, dan perjalanan Rasulullah adalah sangat mudah, iaitu memakan masa satu malam sahaja. 
persoalannya sekarang, kenapa peristiwa Isra' dan Mi'raj dimudahkan oleh Allah, tapi peristiwa hijrah tidak dipermudahkan Allah? 
jawapan yang diberi cukup mudah. peristiwa hijrah ialah satu peristiwa yang biasa, tidak melawan hukum atau peraturan alam. so, nothing extra-ordinary about it. tapi peristiwa Isra' Mi'raj adalah sesuatu yang luar biasa, alam tak pernah menghadapi peristiwa seperti ini, oleh itu, segala-galanya berkaitan peristiwa ini adalah istimewa. kalau Isra' Mi'raj x special, kita, manusia biasa pun boleh lalui peristiwa nie, tapi mampukah kita? 1st of all, mana nk cari bura' tu? hmm...sbb mengikut hukum dan peraturan alam, bura' tu x da. because Isra' & Mi'raj is special, so, bura' pun diciptakan untuk Nabi Muhammad. 

Seterusnya, Dr MAZA cakap yang Allah bebaskan manusia dalam penciptaan. sebagai contoh, Firaun. walaupun dalam Quran Allah cerita banyak pasal Firaun, betapa jahatnya Firaun nie, tapi kenapa Allah tak halang perbuatan dan percakapan Firaun kepada Nabi Musa? kita kena ingat di sini yang tak semua yang Allah izinkan, Allah redha. dalam kes Firaun nie, Allah izinkan Firaun hamburkan kata-kata sombong kepada Nabi Musa, tapi Allah tak redha dengan perbuatan Firaun. sebab kita tengok, pada akhirnya, Firaun terima juga balasannya, and NAbi Musa dan pengikutnya diselamatkan oleh Allah, walaupun diorang menempuh pelbagai dugaan dengan Firaun. 
senang cakap macam ni. alam ni x halang sesiapan buat baik dan buat jahat. kalau kita memilih untuk beriman kepada Allah, alam ni benarkan. kalau nak buat jahat pun alam ni benarkan. tapi kesan perbuatan yang kita buat tu kita kena tanggung sendiri. sekali lagi, Dr MAZA tegaskan ayat 'tak semua yang Allah izin, Allah redha'. dalam konteks and situasi lain, contohnya, En A nak sangat pergi tunaikan haji. Allah redha dengan niat dia, tapi Allah x izin, sebab tu EN A masih tak boleh nak tunaikan haji, atas sebab queue yang panjang dan macam2 lagi. 
peraturan alam ni tak menunjukkan yang Allah itu zalim, tapi sebab ini adalah peraturan alam. cuba kita fikir, kalau semua pun Allah control, kita tak akan belajar apa2 pun daripada hidup ni. macam tak ada tujuan kita hidup di dunia. bayangkan kalua setiap perbuatan jahat yang manusia buat Allah halang, then kita akan hidup bahagia, tapi kita tak belajar apa2, sebab setiap sesuatu itu dihalang oleh Allah, especially perkara2 yang x baik, dan setiap urusan itu dipermudahkan Allah, contohnya dalam perbuatan2 baik. kalau macam tu, manusia x akan berusaha pun untuk berjaya, sebab dia yakin Allah akan mudahkan juga urusan dia untuk menjadi seorang yang berjaya. see?

bahagian ketiga: Allah larang kita mencampakkan diri ke arah kebinasaan. Allah janjikan neraka bagi golongan ni.
nyawa adalah milik Allah sepenuhnya. kalau ada yang pertikaikan yang nyawa dia tu milik dia, oleh tu dia boleh buat apa yang dia nak, dia salah. memang dia boleh tamatkan riwayat hidup dia, tapi mampukah dia hidupkan semula dirinya, kalau kata nyawa tu milik dia? tak boleh. maksudnya, ada kuasa yang lebih berkuasa darinya, pemilik nyawa itu sendiri, which in this case is Allah. 
kalau kita mati disebabkan oleh peraturan alam, kita x akan masuk neraka. tapi kalau kita go against peraturan alam, then kita berdosa. habis tu kalau kita ikhtiar untuk selamatkan nyawa kita, adakah kita melawan hukum alam? tak. sebab adalah tanggungjawab kepada setiap manusia untuk selamatkan diri dia sendiri. tapi lepas kita ikhtiar kita mati juga macam mana? itu adalah benda yang bukan dalam bidang kuasa kita, itu dah kuasa Allah.

so, itulah alkisahnya...

No comments: