
menurut Ustaz Ubaidillah, ikhtilat itu maksudnya percampuran yang melampaui batas antara lelaki dan perempuan yang melanggar batas-batas syariat atau bercanggah dengan agama.
sebenarnya, Islam sudah pun meletakkan garis panduan buat kita. Islam membenarkan kita bergaul dengan lelaki, tetapi ada batas-batas yang perlu kita jaga, biarpun kita hanya bergaul sesama kawan di kampus.
Fenomena di kampus = pendedahan aurat + pergaulan bebas
kalau ada seorang tu datang kepada kita dan mengajak dia kepada zina, dan dia cakap, "Aku takut kepada Allah", maka dia telah pun melalui satu fasa yang sangat genting dalam hidup dia. orang ini akan digelar sebagai luar biasa, kerana mampu berkata 'TIDAK' kepada zina dengan iman.
batas-batas pergaulan:
1- Pandangan
~menurut Ustaz, pandangan luaran lebih mudah nak jaga. sekadar menoleh dari terus tengok dan kita dah selamat. lagi mudah kalau persekitaran kita penuh dengan lelaki yang tak berapa kacak dan perempuan yang biasa-biasa saja. kita tak akan tertarik dengan diorang, so kita pun tak dak la berzina mata kan?
*lepas ni kalau tengok Taylor Lautner, x boeh dah nak senyum sorang2 atau puji kehenseman dia. haizz*
Betul kata Ustaz Ubaidillah, susah nak jaga pandangan dalaman, sebab kita sometimes bermonolog dalaman pasal seseorang tu. dan kita tetap berdosa, sebab kita x jaga pergaulan, walaupun orang tu x tau pasal benda nie.
2- Aurat
~berkenaan dengan aurat ni, Ustaz cakap mudah ja. jangan pakia pakaian yang jarang atau yang menarik perhatian. kadang2, bila kita pakai jarang, lelaki akan lebih tertarik nak tengok samada dia nampak atau x aurat kita. so, sama2 kongsi share dosa. kita berdosa sebab kita la penyebab dia tengok2 kita, dan dia juga berdosa sebab dia tengok aurat kita.
~Ustaz cakap x perlu la sampai nak pakai tudung bulat hanya sekadar nak jaga aurat kita, buat wanita. sebabnya sekarang banyak fesyen tudung yang menutup aurat. kita je yang kena pandai cari mana satu yang sesuai dengan kita.
3- Pertemuan
~kalau kita bertemu dengan lelaki atau perempuan boleh, tapi keadaan kita bertemu dengan dia tu mesti bebas daripada syak wasangka dan fitnah. contohnya, kalau jumpa belakang pokok pada waktu malam, berdua pulak, macam mana orang yang melihat tu nak bersangka baik? sedangkan keadaan itu sendiri menimbulkan syak wasangka?
~kalaupun kita naik kereta berdua dengan yang berlainan jantina, meskipun driver (lelaki) duduk seat depan dan passenger (wanita) tu duduk belakang, still salah di sisi Islam.
~lagi satu, untuk mengelakkan fitnah daripada orang lain, elakkan tempat-tempat yang selalu orang yang 'couple' pegi. contohnya, 'couple' suka pegi duduk berdua dekat satu kerusi batu bawah hostel wanita. so, kita jangan duduk pulak dengan yang berlainan jantina dekat situ, nanti orang nampak mesti cakap kita couple, sedangkan kita nak bincang pasal assignments. so, elakkan.
4- Percakapan

~personal messages atau text messages lagi leceh, kata Ustaz. sebab kita boleh cakap something tanpa kita sedari yang membawa kepada double meaning. lagipun, tak ada sesiapa yang monitor percakapan kita dengan dia. susah. tips Ustaz malam tadi, cut the conversation short. cakap benda yang perlu sahaja. lepas dah cakap apa yang kita nak cakap, that's it. x payah nak panjang-panjangkan conversation tu.

Wallahualam.
No comments:
Post a Comment