Blogger Backgrounds

Wednesday 26 June 2013

tepuk dada, tanya iman.

Assalamualaikum, semua.
today's entry will be written in Malay, i'm super sorry if you don't understand Malay. but, i will try to summarize the whole entry in English at the end of the entry. insyaAllah...

minggu lepas, riuh dewan kuliah ema dengan budak2 perempuan cakap pasal Fatih Seferagic datang Malaysia. mulanya, ema tanya balik, 'sapa tu?' lepas diorang cakap dia adalah anak muda yang menetap di Amerika dan mempunyai alunan suara yang sedap dan lunak apabila mengalunkan ayat al-Quran, ema teringat. tahun lepas, ema tengok video yang tersebar di Facebook. Fatih menjadi imam, dan mengalunkan ayat-ayat dari surah Maryam. ema ingat sebab ema bukak tafsir dan ikut sekali bacaannya depan laptop, dengan earphones bagai. ema nak check sebenarnya, sejauh mana En Fatih ingat surah Maryam tu. *diri sendiri macam mana? ehem ehem.*
lepas 1st wave kena serang dengan isu Fatih nie, datang pulak 2nd wave, oleh teman-teman yang lebih rapat dengan ema. geng 2nd wave nie adalah geng2 baru kenal siapa si Fatih, dan memuji-muji suaranya. *senyum* ema dah immune walaupun tak ambil sebarang vaksin.
hari ni, terdetik hati untuk baca blog angelwearsgucci, dan entry pertama yang ema baca adalah berkenaan isu ini. *actually, dapat ilham lepas baca entry Inche Gabbana* nie linknya, kalau nak baca la...
untuk mudahkan kerja semua orang, apa yang Inche Gabbana cuba sampaikan dalam entry tersebut ialah bagaimana kaum Hawa yang pakai tudung labuh, ayu, bercakap dengan sopan, tak pandang lelaki, etc. jatuh hati, ter-suka atau mengidolakan En Fatih ni MUNGKIN bukan hanya pada suara lunaknya. ema tak tipu, ema sedia mengaku, Fatih Seferagic nie hensem orangnya. 
ema setuju apa yang Inche Gabbana sampaikan, kalau betullah kita mengaku kita hanya suka pada suara Fatih, bayangkan suaranya dan bila bukak mata, muka yang kita nampak tu bukan Fatih, berkulit hitam, hidung terpenyek, tua, berjanggut...masihkah kita suka padanya? hmmm...tepuk dada tanya iman.
kes2 macam ni memang selalu jadi. kalau lelaki tu tak hensem sangat, kulit gelap sikit, badan gempal, pendek mesti perempuan tak pandang, lagi teruk, nama pun tak tau. tapi kalau yang hensem, tinggi, badan tegap, FUYOHH!! laju je tau nama dia. 
ema pun perempuan, ema tau perasaan perempuan. tak payah nak dalih-dalih sangat la kan dengan ema. ema tak kisah, korang nak mengaku atau tak, cumanya, ema nak bagitau, you can never lie to yourself. 
terima kasih kerana meminjamkan mata anda membaca entry yang tak seberapa ini.

here's the English version of what i've been babbling about.
i was talking about what girls think about Fatih and i believe a girl fell for him not just because of his voice while reciting the Quran, but also for his good looks. 
i referred to an entry by a famous local blogger and he also received some e-mails from other Muslim women saying that some girls went up to Fatih's  accounts and commented on how they would want him to be their husband. as much as these girls claim they want to marry Fatih because of his voice, the blogger and i believe that at some point, they are mesmerized by his looks.
i am not here to say, 'See, you are no different than me!' but rather, i'm here to point out that please don't lie to yourself.
thank you very much for reading.

No comments: