Blogger Backgrounds

Tuesday 17 April 2012

bab hukum

malam nie banyak baca pasal hukum, so, ema nk kongsi sikit ngan readers kat luar. *x tau la readers yang baca blog ema nie ada ke x, but whatever!*


kita start dengan benda pertama yang ema baca, 'kenapa arak diharamkan di dunia tapi merupakan minuman ahli syurga?'
jawapan:
arak di dunia bersifat memabukkan. bila manusia mabuk, manusia jadi lalai. ada yang membunuh, ada yang berzina. tapi arak di akhirat x memabukkan. so, x delah bnda2 macam nie jadi kat syurga kelak.



Allah s.w.t. berfirman:
إِلَّا مَنْ تَابَ وَآَمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًا (60) جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدَ الرَّحْمَنُ عِبَادَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّهُ كَانَ وَعْدُهُ مَأْتِيًّا (61) لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا إِلَّا سَلَامًا وَلَهُمْ رِزْقُهُمْ فِيهَا بُكْرَةً وَعَشِيًّا (62) تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا (63)
Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman serta beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak dikurangkan pahala sedikitpun, – (Iaitu) syurga ” ‘Adn ” yang telah dijanjikan oleh (Allah) Ar-Rahman kepada hamba-hamba-Nya disebabkan kepercayaan mereka akan perkara-perkara yang ghaib; Sesungguhnya Tuhan itu, janjinya tetap berlaku. Mereka tidak akan mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia tetapi mereka sentiasa mendengar perkataan yang baik-baik; dan makan minum untuk mereka disediakan di dalamnya, pagi dan petang (sepanjang masa). Itulah taman syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba kami.(Surah Maryam: 60-63)

boleh ke kita jabat tangan dengan orang bukan mahram? 
jawapan:
jawapan kepada soalan nie agak obvious. tapi ema perasan ada lagi yang keliru dan x faham tentang perkataan 'mahram' ni. so, sila beri laluan untuk ema jelaskan kat sini ek?
mahram maksudnya haram. kalau bukan mahram, maksudnya x haram. kesimpulannya, orang bukan mahram tu maksudnya org yg x haram kahwin ngan kita, aka, org yg boleh kawen ngan kita. so, siapa yang boleh kawen ngan kita (bukan mahram kita)? semua orang adalah bukan mahram kita kecuali ayah kandung, datuk kandung, adik atau abang kandung, saudara susuan kita, pak cik (adik @ abang kepada mak @ ayah kita).
adik ipar mak @ ayah kita x termasuk dalam golongan bukan mahram. kiranya, diorang boeh kawen ngan kita. abang ipar @ adik ipar kita pun boleh kawen ngan kita actually. so, kita kena jaga batas pergaulan dan aurat kita ngan diorang. 
sepupu semuanya boleh kawen ngan kita, mengikut hukum islam. kalau kita fikir sendiri, mesti kita cakap, 'eii, xknlah cousin kita sendiri nak kawen ngan kita?' but dalam islam, benda tu BOLEH jadi dan kalau jad pun, hukumnya SAH.
jiran2 sekampung, kawan baik (opposite gender) & orang luar semuanya bukan mahram.
jabat tangan ni part of aurat kan? so, golongan2 di atas yg ema ckp boleh kawen ngan kita tu, kita kena jaga batas kita supaya kita x berlaga tangan atau anggota mana2 ngan diorang.



Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Sungguh ditusuknya kepada salah seorang dari kalian dengan jarum besi lebih baginya daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Thabrani)

apa hukum rebonding rambut?
jawapan:
menurut sumber yang ema baca, x ada hukum yang jelas mengatakan haram atau harus atau boleh untuk seseorang itu meluruskan rambutnya. menurut sesetengah ulama, jatuhnya hukum haram kerana meluruskan rambut mengubah ciptaan Allah. kalau rambut seseorang itu kerinting, tetiba jadi lurus je. and rambut yang dah rebonding nie bukan senang nk return to kerinting balik kan? sama jugak kalau orang tu rambut lurus, lepas tu dia kerintingkan rambut dia. kedua-dua situasi ni lebih kurang sama. 
ulama yang lain pulak berpendapat bahawa kita kena ikut guidelines di bawah dlm penentuan hukum rebonding atau kerintingkan rambut:
1. Apakah niat dan tujuan rebonding?
2. Bahan apakah yang digunakan untuk rebonding?
3. Siapakah yang melakukan rebonding?
4. Untuk siapakah rebonding itu diperagakan?
5. Apakah kesan rebonding?

*kalau ada yang memerlukan penjelasan lebih berkenaan dengan guideines nie, bagitau ema, nanti ema jelaskan dengan lebih detail*



Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya. (Riwayat Abu Daud)



No comments: