Blogger Backgrounds

Thursday 31 May 2012

surah al-kahfi

seperti yang dijanjikan, inilah post untuk kita buat post motem surah al-Kahfi. actually, tgh tunggu azan Isya', smbil2 tu, boleh la ema menyampaikan apa yang ema tahu pasal surah nie.


first of all, surah al-Kahfi ini adalah surah yang ke 18 dalam al-Quran, merupakan ayat Makiyyah, maksudnya surah ini diturunkan di Mekah.


1- Allah jelaskan dalam surah ini yang Allah x mempunyai anak, dan sesungguhnya orang yg memulakan dusta ini juga x tahu mengenai hal nie. (ayat 4 & 5)
2- Allah menegur perbuatan Nabi Muhammad yang x sebut kalimah InsyaAllah. Ada seorang Quraisy yang ingin mengetahui kisah roh, kisah Zulkarnanin dan kisah Ashabul Kahfi. Nabi mengatakan kepadanya supaya datang pada pagi besoknya, dan Baginda pasti akan menceritakan kisah2 tersebut kepadanya. Sepatutnya, kita ucapkan InsyaAllah, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita. sebabnya, x ada apa pun yang pasti. semuanya Allah lebih Mengetahui. (ayat 23 & 24)
3- Allah mengancam orang yang tidak beriman dengan situasi yang bakal terjadi di neraka kelak. minuman mereka adalah air yang seperti besi yang mendidih yang menghanguskan wajah, dan minuman mereka ini adalah yang paling buruk dan tempat yang mereka duduki ini (neraka) adalah tempat paling jelek. (ayat 29)
4- sedikit bayangan yang Allah beri tentang keadaan di syurga untuk golongan yang beriman. syurga yang dibawahnya mengalir sungai2. sebenarnya, kalau kita tengok banyak ayat yang membicarakan tentang syurga mesti ada sebut sungai2. sebabnya, al-Quran diturunkan di Mekah, pada zaman dahulu di mana masyarakat Arab tinggal di padang pasir yang panas terik. so, bila diorang dengar pasal2 sungai2, diorang dapat rasakan betapa nyamannya keadaan dalam syurga. (ayat 31)
5- Allah jelaskan di dalam surah ini yang tiada satupun yang kekal di dunia. (ayat 45)
6- Allah jelaskan juga yang syaitan tidak sama sekali akan membantu golongan yang tidak beriman. x faham? macam ni. tugas syaitan kan untuk menyesatkan manusia, menghasut manusia buat benda2 x patut. and then manusai tu pun sesat la. in some cases, syaitan akan pujuk manusia, saying that dia akan protect kita bila tibanya hari kiamat. tapi, Allah dah cakap dalam Quran, bila Allah bagi peluang untuk golongan sesat & x beriman untuk menyeru kepada syaitan, seruan mereka x dibalas. maksudnya, syaitan memang xkan tolong kita. yang boleh tolong kita hanyalah Allah.
7- kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir (ayat 60-82)
8- kisah Zulkarnain (ayat 83-101)
9- Allah nyatakan bahawa ilmu Allah sangat luas. kalau jadikan lautan sebagai dakwat untuk tulis kalimat Allah, mesti x cukup, meskipun Allah tambahkan air laut untuk kita (ayat 109)


itulah sedikit sebanyak yang ema boleh kongsikan kepada pembaca2 di luar sana. insyaAllah, lepas nie kita kaji surah Maryam pula. alright, nak pi sembahyang jap. selamat beramal. 

No comments: