mencegah kemungkaran |
macam mana nak mencegah menggunakan tangan? pukul ek?? kalau hati macam mana pula? ada adab untuk mencegah kemungkaran ke?
1- mengubah dengan tangan
tangan di sini tidak merujuk kepada tangan secara fizikal, tapi lebih kepada kuasa. tangan merujuk kepada kuasa atau authority yang ada pada seseorang tu. contohnya, pemimpin sesebuah negara mempunyai kuasa untuk mencegah kemungkaran dengan menggunakan tahap pertama yang dinyatakan dalam hadis, mengubah dengan tangan. sebabnya, dia ada kuasa untuk mencegah. kalau dia kata arak diharamkan, dan arak tidak lagi dijual di mana2 kedai di seluruh Malaysia, maka, x delah umat Islam yang minum arak. betul x? so, dia dah mencegah daripada berlakunya kemungkaran. sama jugak dengan rokok. abah ema cakap, kalau kerajaan asyik buat kempen jangan merokok, kenapa kerajaan sendiri x stop penjualan rokok di negara kita sendiri? kan senang macam tu? semua orang x leh nak merokok, semua org terpaksa stop merokok, sebab x dak stok rokok kat mana2 kedai. sesiapa yang didapati menjual rokok akan dihukum penjara. SETTLE! *ema x nak write any further sebab ayat seterusnya yang bakal ditulis adalah berunsurkan politik, dan saya x nak sentuh bab politik*

2- mengubah secara lisan
satu lagi ema nak tanya, boleh x kalau kita tegur parents kita, grandma-grandpa kita, cikgu2 kita atau ulama2? sebenarnya, x dak pun panduan yang digariskan dalam Islam berkenaan nasihat nie. kalau kata orang tua ja yang boleh tegur yang muda, smpai bila2 pun nenek2 kita pakai baju sendat yang jarang ala2 zaman P. Ramlee dulu? macam tu? itukah yang kita nak?
Islam menggariskan kepada kita untuk menegur kesilapan orang lain, so that orang tu x ters-menerus bergelumang dalam dosa.
boleh tegur mak, abah, grandma... ikut cara yang betul |
korang sayang x ngan parents korang? kalau korang sayang, korang mesti akan tegur diorang kalau diorang buat salah. tapi ingat, ada adab2 menegur. jangan tetiba je cakap, 'mak, stop pakai make-up tebal2, berdosa! mak nak masuk syurga ke neraka? mak pilih!' jangan macam tu. itu memang kurang ajar namanya. so macam mana? korang kenal parents korang, so korang kena pilih cara yang sesuai depend kepada parents korang. kalau ema ngan abah ema, kitaorg lebih kepada berbincang. he'll tell me benda2 yang dia tahu, and ema akan bagitau pulak bnda2 yang ema tahu, and then abah ema akan perbetul balik konsep yang salah, ema pulak akan dapat ilmu baru secara x langsung. mak ema pulak, dia akan tnya ema balik. ema pernah tegur mak ema pakai inai corak2. ema cakap kat mak ema jangan buat corak2 tu, sbb mcm orang India. and dia akan tnya balik, 'betui ka? habis tu nak buat mcm mana?' and ema akn bagi options kat dia. that's pretty much how i deal with my parents. as for my grandma, ema akan ckp kat dia stuff dalam Quran, and she gets excited. dia suka cucu2 dia kongsi kisah2 dalam Quran.
nasihat bukan nak tunjuk bagus bukan nak menang dalam battle it's never a battle |
ingat, kita nak bagi nasihat kat dia sebab kita sayang kat dia, sebab kita x nak tengok dia terus-menerus buat dosa. it's not a battle to see who's better, who has more knowledge, who's more alim. no. that's not the point. kalau kita fikir macam tu, kita dah berdosa sbb niat kita dah lari. kita nasihat sbb nak tunjuk hebat. Nauzubillah...
3- mengubah dengan hati
so basically, itulah dia cara2 mencegah kemungkaran. kalau ema ada silap apa2, sila perbetulkan konsep ema. jangan biarkan ema terus bergelumang dalam dosa. semua yang dibicarakan di atas adalah based on my knowledge on the hadis yang kitaorang kaji masa kat sekolah agama dulu. kalau salah, ema mintak maaf. tegur kesilapan ema.
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment